28 Disember 2015 - 06:55
Jet pejuang Russia tidak pernah serang penduduk awam

Kementerian Pertahanan Russia menolak keras dakwaan bandan hak asasi manusia Amnesty International yang berpengkalan di London, kononnya serangan ke atas pengganas telah disasarkan ke atas penduduk awam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Tentera udara Russia tidak pernah menyerang penduduk awam sejak melancarkan kempen anti pengganas di Syria sejak tiga bulan lalu, kata pegawai senior dalam wawancara bersama televisyen Rossiya 24.

Selain itu, Kementerian Pertahanan Russia menolak keras tuduhan kumpulan hak asasi manusia Amnesty International yang berpengkalan di London minggu ini yang mendakwa serangan bom pihak Russia telah membunuh ramai orang awam dan menggolongkan kes ini sebagai jenayah perang.

"Tentera Udara Russia tidak pernah membidik serangan ke atas orang awam di Syria," kata Kolonel Jeneral dan Panglima Tertinggi Angkatan Udara Russia, Viktor Bondarev. Beliau yang merupakan juruterbang terlatih berkata, "Kami tidak pernah tersalah sasaran terhadap mereka (orang awam), dan kami tidak pernah menyerang tempat sensitif seperti sekolah, hospital dan masjid," jelas beliau.

Viktor Bondarev menambah, bantuan sistem pertahanan udara Russia S-400 kepada Syria telah membantu menstabilkan ruang udara negara yang dilanda krisis keganasan itu.